Monday, July 20, 2009

Nasi Hangit

Jika Nasi Berbau Hangit

Jika nasi hangit atau hangus, pasti anda ingin membuang baunya jika ada caranya. Zaman sekarang agaknya sudah kurang kes nasi hangit memandangkan majoriti menanak menggunakan periuk nasi elektrik. Bagaimanapun saya lebih suka menggunakan dapur gas kerana ia lebih menjimatkan. Tenaga elektrik yang ditukarkan terus menjadi tenaga haba akan menggunakan banyak kuasa atau tenaga. Kini, ada cara lebih baik dari menanak nasi menggunakan gas. Saya masih lagi menggunakan gas cuma kali ini, saya mengukusnya pula.

Baik, kembali pada topik asal. Nah, begini cara menghilangkan bau hangit:
  1. Letakkan sehelai daun sirih di atas nasi anda dan lakukannya sebaik sahaja nasi yang ditanak sedang kering
  2. Jika tiada daun sirih, anda boleh menggunakan/meletakkan sekeping roti di dalam periuk nasi. Bubuhkannya sebaik saja nasi hampir kering dan angkat sebaik saja baunya hilang
  3. Letakkan semangkuk air ditengah-tengah periuk dan tutupkannya. Sebaik saja nasi benar-benar masak, angkat mangkuk tersebut. Insya ALlah, nasi akan hilang hangitnya

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...