Tuesday, December 14, 2010

Masak Nasi Tak Cukup atau Terlebih Air

Saya lupa pulak apa istilah melayunya. Jertah? Jertih? Bertah? Hape tah...Kalau ada yang ingat sila bagitau ye.

Kalau nasi tu kurang masak atau kurang air, selalunya terjadi kalau pakai dapur gas atau dapur kayu atau dapur yg tak automatik la, kalau pakai rice cooker risikonya kurang sikit...kot...

Kalau kurang air, kita boleh agak2 sebenarnya masa air dia dah kering. Cara paling mudah, tambah sedikit aje air... sikitttt aje, supaya boleh keluar wap, dan bukak api gas yang paling kecik. Kalau pakai dapur kayu susah sikit la. Kena cuba-cuba agak berapa banyak air dengan berapa lama nak biarkan. Dengan pengalaman, insya Allah akan lebih baik.

Tapi kalau tak pasti dan tak reti nak agak dan congak, cara paling selamat yang saya pernah ujikaji adalah dengan menyetimkan nasi tu. Letak je dalam bekas kukus dan kukuskan beberapa minit, voila! Nasi akan jd perfect insya Allah... الحمد لله

Nasi Lembik

Kalau terlebih air pulak, bukak api selow selow.. dan bagi dia kering... dan PASTIKAN BUKA PENUTUP ya... (bukan marah tapi emphasis... beri penekanan).. Sebab air akan lebih mudah tersejat. Kalau tutup periuk, dia akan terpelowap dan jatuh atas nasi... nanti jadi nasi impit/himpit/kapit tak cukup keras pulak. Orang puteyh panggil... err.. rice cake. Sedap jugak buat soto...

Satu cara lagi, masukkan dalam ketuhar dan panaskan dengan api paling seloww..

Sebab nak kontrol haba kalau pakai dapur gas ni tidak semudah kalau pakai stove atau dapur2 yang lebih pintar dalam rupa eletrical appliance (alat elektrik lah), boleh juga diangkat2 kadang2 periuk tu jauh sikit dari api. Bukan ssh sgt.. bebrp minit je akan siapla ia....

Keropok Lemau/Masuk Angin

Saya ada goreng beberapa keping keropok udang baru-baru ni... mmm..mmmm Sodappp... Lazzizzz...

Setelah lebih kurang seminggu, mereka sudah dalam keadaan yang lemau dan masuk angin serta tidak lagi rangup. Saya kira puncanya sebab bekas yang dipakai untuk menyimpan mereka tidak kedap udara. Semut pun ada masuk setelah seminggu.

Saya cuba goreng semula sekeping... garing balik...

Tapi kalau saya goreng semula, saya takut ada risiko terlebih masak. Jadi, saya cuba masukkan dalam ice box untuk mengurangkan kandungan air. Setelah dua hari, tiada perubahan melainkan sejuk aje.

Saya cuba masukkan dalam ketuhar (ketuhar tu oven laaaa....).. Saya guna ketuhar cap Butterfly yg org biasa guna tahun 80an dulu. Masih ada dibuat dan dijual. Saya gunakan api paling kecik dan letak atas dapur gas (gas stove). Saya letak atas bekas aluminium dan biarkan beberapa lama. Dia tak akan hangit إن شاء الله (Insya Allah) sebab api yg paling kecik digunapakai. Letak berjam-jam pun ok. Tapi tidak perlu lah lama sesangat.

Hasilnya, memang menjadi. Keropok yang lemau tu dah jadi garing dan malah semakin lazat serta enak serta lezat pula... pulak dahhh... الحمد لله

Thursday, November 25, 2010

Petua Menghalau/Mengurangkan Cicak.. Cak! Cak! Cakkk...!


ak berapa lama dulu saya ditanya akan petua menghalau atau mengurangkan Cik Cak. Saya buatla sikit research pembacaan & pencarian. Maka terjumpala beberapa petua murahan.. err petua yg tak perlu belanja mahall.. Ikaw Mahal Ika... Salah satu petuanya adalah dgn menggunakan cili keghin (cili/lada kering).

cili-kering

Cik Li: Gambar Sekodor Hiasang



Iyeee sapertinya gambar Hiasan diatas.. Saya terpikiyo (fikir) macamana la nak buat kat dinding belakang TV paling selalu nampak. Kadang2 saya tembak dgn laser yg ada kat Wiimote (remote game Nintendo Wii) ada Cik Cak yang kejor2 pulak. Bukan nak lari.

Sooo, saya pung melekatkan laa cili kering tersebut kedinding dengan selotep (cellophance tape). Menjadiii... dah lama tak ada Cik Cak yg ber cakcakcak lari2 kejor kat radius sekitar sektor bercili kering tu. الحمد لله

Sebenarnya, selain dari cili kering, banyak lagi bahan-bahan semulajadi lain terutamanya dari jeni-jenis rempah ratus yg boleh digunakan untuk menghalau cicak ni. Mungkin kalau anda kreatif, cili kering tu boleh disusun jadi bentuk bunga ke apa ke jadi nampak macam hiasan dinding. Voila!

Satu lagi yg buat saya teringat kat cili kering ni ialah petua nak halau kumbang beras dan nak pelihara simpanan beras dengan meletakkan cili kering dalam beras.

Nanti saya ambek gambor dan update pos ni ye...
_________________________________________________
Quite recently, someone asked me on how to get rid of house lizards. I was thinking of the many east asian spices around and thought of dried chillies. Sure enough, you can use them to repel house lizards and a host of other critters such as roaches and ants.


If you'd like to get rid of rice bugs, put
a couple of dried chillies in your rice stock (the unboiled one of course). That's one method we use to get rid of those creatures. It got me thinking, maybe I could use the same thing for house lizards. I did some research and sure enough, there were loads of articles about it. Well, I decided to give it a try myself before posting it on the net.

I used strips of cellophane tape to plaster strips of dried chillies on my wall, especially around the area where most often I'd see lizards running around. It seemed to work around an almost one meter radius of the dessicated arsenal of weaponry.

I was thinking, maybe some creative person might even use those chillies to form a flower or some other motifs so it would also double as a wall decoration.

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...