Tuesday, December 14, 2010

Masak Nasi Tak Cukup atau Terlebih Air

Saya lupa pulak apa istilah melayunya. Jertah? Jertih? Bertah? Hape tah...Kalau ada yang ingat sila bagitau ye.

Kalau nasi tu kurang masak atau kurang air, selalunya terjadi kalau pakai dapur gas atau dapur kayu atau dapur yg tak automatik la, kalau pakai rice cooker risikonya kurang sikit...kot...

Kalau kurang air, kita boleh agak2 sebenarnya masa air dia dah kering. Cara paling mudah, tambah sedikit aje air... sikitttt aje, supaya boleh keluar wap, dan bukak api gas yang paling kecik. Kalau pakai dapur kayu susah sikit la. Kena cuba-cuba agak berapa banyak air dengan berapa lama nak biarkan. Dengan pengalaman, insya Allah akan lebih baik.

Tapi kalau tak pasti dan tak reti nak agak dan congak, cara paling selamat yang saya pernah ujikaji adalah dengan menyetimkan nasi tu. Letak je dalam bekas kukus dan kukuskan beberapa minit, voila! Nasi akan jd perfect insya Allah... الحمد لله

Nasi Lembik

Kalau terlebih air pulak, bukak api selow selow.. dan bagi dia kering... dan PASTIKAN BUKA PENUTUP ya... (bukan marah tapi emphasis... beri penekanan).. Sebab air akan lebih mudah tersejat. Kalau tutup periuk, dia akan terpelowap dan jatuh atas nasi... nanti jadi nasi impit/himpit/kapit tak cukup keras pulak. Orang puteyh panggil... err.. rice cake. Sedap jugak buat soto...

Satu cara lagi, masukkan dalam ketuhar dan panaskan dengan api paling seloww..

Sebab nak kontrol haba kalau pakai dapur gas ni tidak semudah kalau pakai stove atau dapur2 yang lebih pintar dalam rupa eletrical appliance (alat elektrik lah), boleh juga diangkat2 kadang2 periuk tu jauh sikit dari api. Bukan ssh sgt.. bebrp minit je akan siapla ia....

Keropok Lemau/Masuk Angin

Saya ada goreng beberapa keping keropok udang baru-baru ni... mmm..mmmm Sodappp... Lazzizzz...

Setelah lebih kurang seminggu, mereka sudah dalam keadaan yang lemau dan masuk angin serta tidak lagi rangup. Saya kira puncanya sebab bekas yang dipakai untuk menyimpan mereka tidak kedap udara. Semut pun ada masuk setelah seminggu.

Saya cuba goreng semula sekeping... garing balik...

Tapi kalau saya goreng semula, saya takut ada risiko terlebih masak. Jadi, saya cuba masukkan dalam ice box untuk mengurangkan kandungan air. Setelah dua hari, tiada perubahan melainkan sejuk aje.

Saya cuba masukkan dalam ketuhar (ketuhar tu oven laaaa....).. Saya guna ketuhar cap Butterfly yg org biasa guna tahun 80an dulu. Masih ada dibuat dan dijual. Saya gunakan api paling kecik dan letak atas dapur gas (gas stove). Saya letak atas bekas aluminium dan biarkan beberapa lama. Dia tak akan hangit إن شاء الله (Insya Allah) sebab api yg paling kecik digunapakai. Letak berjam-jam pun ok. Tapi tidak perlu lah lama sesangat.

Hasilnya, memang menjadi. Keropok yang lemau tu dah jadi garing dan malah semakin lazat serta enak serta lezat pula... pulak dahhh... الحمد لله

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...