Monday, July 13, 2009

Durian....

Deghoyann oh deghoyan... Memandangkan sekarang musim durian, saya ingin memulakan blog howto/petua ni dengan petua berkenaan Deghoyan, buah yang seumpama bawang busuk (Andrew Zimmerman).

Betul-betul masak
  1. Kaedah yang terbaik ialah menggoncangkan buah tersebut, durian yang mengkal padat manakala durian yang benar- benar masak kita akan dapat merasakan gegaran isi dalamnya dan kadang- kadang se olah- olah kedengaran bunyi hentam isi pada pangsa.
  2. Kaedah kedua dengan mencium kulit durian. Durian yang sudah masak akan mengeluarkan baunya tetapi ada sebahagian durian terutama yang berisi putih hampir tiada berbau, untuk ini kaedah pertama atau kaedah berikutnya lebih sesuai.
  3. Letak jari tunjuk pada satu duri dan lagi satu duri kulitnya dengan ibu jari dan cuba rapatkan kedua- dua duri tersebut secara berulang-ulang , sekiranya anda rasa ia bergerak meskipun tidak rapat sepenuhnya bererti ia sudah masak.

Durian sudah lama atau baru?

  1. Tangkai. Lihat tangkai buahnya. Tangkai yang sudah kelihatan kering ataupun sudah tercabut daripada buahnya bererti durian tersebut sudah lama dan dalamnya sudah mengandungi banyak air. Biasanya pada bahagian bawahnya sudah merekah dan penjual akan ikat dengan getah.
  2. Jika bahagian tangkai tersebut di tempat ia tertanggal daripada dahan masih bergetah (lekit- lekit) bermaksud buah tersebut benar- benar baru jatuh. Kebiasannya buahnya masih belum sesuai untuk dimakan kerana di dalam pangsanya, pada bahagian atas atau pangkal ia sudah lembut untuk di makan manakala pada bahagian bawah (hampir dengan tempat kita mengopek buahnya) masih keras atau mengkal. (kerana itulah penjual durian biasanya mengetuk dan membuat lubang untuk kita lihat isinya pada bahagian pangkal) Tetapi jika anda berhasrat untuk menyimpan untuk di makan pada keesokan harinya ia amat sesuai.
  3. Kalau nak beli durian dalam kuantiti yang banyak, jangan benarkan penjual memotong tangkainya. Dengan ini ia lebih tahan lama.


Ulat dan juga lain- lain kerosakan

  1. Kalau ada lubang kecil menunjukkan ia telah berulat
  2. Ada terdapat lebam berwarna coklat tua, susah nak dikopek, lebih parah lagi jika ia berada pada bahagian bawah tampuk tempat kita membukanya Rasanya sudah masam, tidak sedap di makan.

Warna Isinya

  1. Bagi menentukan warna isinya adalah sukar. Durian yang berwarna hijau tidak bererti ia berwarna putih dan sebaliknya kerana pada masa ini pelbagai jenis baka durian tetapi bagi yang pro dalam aspek ini ia dapat mengetahui warna isi kandungannya berdasarkan mengopek sikit dengan kuku pada tangkai durian. Kat Sabah kawan saya cakap ada durian merah. Tapi menurutnya lagi durian merah rasanya masam dan orang Sabah buat tempoyak.

Kegunaan durian mengkal

  1. Jika anda terbeli juga durian mengkal, ambil Isinya pisahkan isi dengan biji menggunakan pisau lebih mudah dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan hanya sedikit air masak memadainya menenggelamkan mata pisau pengisar sahaja. Tekan suis pengisar 3 hingga 5 saat sahaja, angkat dan hentakkan sedikit bagi memadatkannya membuang rongga pada bahagian bawah, ulang semula proses pengisaran seperti sebelumnya. Jika isi durian tersebut sudah ternaik ke atas dan mata pisau tersebut tidak dapat mencincangkannya, angkat dan hentak semula. Ulang proses ini sehingga semua isi durian ini hancur.
  2. Campurkan garam secukup rasa, toskan dalam kain putih sehingga tiada lagi air menitik, masukkan ke dalam balang, jadikan tempoyak. Pada saya ia lebih sedap berbanding tempoyak dari durian yang hampir expired.

Petua-Meyimpan durian supaya tahan lama.

Kopek/kupas durian dan letakkan di dalam bekas yang mempunyai tutup(bekas aiskrim pun boleh). Ambi durian yang baik-baik sahaja. Yang sedikit masam atau dah nak jadi tempoyak tu, jangalah di masukkan sekali. Tutup dengan kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian atas(bahagian sejuk beku). Jika anda nak makan, ambillah beberapa ulas dan simpan selebihnya. Ia akan tahan lama.


Khasiat Manggis
Mengapa saya letakkan sekali khasiat manggis dalam rencana durian? Sebab manggis ni adalah pasangan durian. Sebab itulah manggis ni orang panggil Permaisuri Buah atau Queen of Fruits. Manggis ni disenaraikan sebagai salah satu dari 11 superfruits. Rujuk "superfruits".Ia tersenarai di tempat ke 6. Bermakna manggis ni memang antara buah yang sangat bagus. Dah la ada dalam kumpulan superfruit, dok kat tengah senarai pulak. Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut. Seperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi implak ‘penyejukan’ (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan ‘raja buah’ iaitu durian. .

Khasiat daun dan Kulit Manggisteen

Selain dari menjadi bahan makanan berkhasiat, manggis juga amat berguna sebagai bahan perubatan tradisional. Bukan isinya sahaja, malah bahagian-bahagian lain juga amat berguna untuk kesihatan. Kerana itulah timbulnya jus xango beberapa tahun dulu dimana buah manggis bersama dengan bijinya sekali dijadikan jus oleh satu syarikat barat. Malangnya jus dijual melalui jaringan MLM dan lebih malang lagi ianya dimulakan oleh syarikat dari luar dan bukan negara-negara yang mana manggis ada terdapat.

Buah manggis dikenali sebagai Permaisuri Buah (Queen of Fruits) menjadi pelengkap buah durian. Barangkali salah satu alasannya adalah kerana buah manggis mempunyai kesan menyejukkan badan (cooling effect) yang berguna jika anda terlebih makan durian.



Berikut disediakan petua-petua kegunaan manggis:
  1. Berak berdarah Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
  2. Ulser mulut dan bengkak usus Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
  3. Luka dan gigitan serangga Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
  4. Buasir Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
  5. Memutihkan Gigi Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
  6. Cirit-birit Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
  7. Lancar Haid Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
  8. Sembelit Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!
  9. GOUT ? Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya * Ambil buah manggis * Kupas * Isi dia enak di makan * Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering * Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam. * Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. * Selamat Mencuba. Insyaallah!…
  10. Penyakit kencing manis : Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis.
.Petua.. yang baik…
* Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
* Basuh bersih2 daun manggis
* Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh) * Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
* Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Diatas merupakan serba sedikit kegunaan manggis samaada buah, daun dan kulit ;bahkan akarnya dalam perubatan tradisional. Perlu dinyatakan bahawa perubatan tradisional ini bukan sahaja mengcakupi alam perubatan nusantara Melayu sahaja, bahkan di negara Gajah Putih, Kepulauan Mindanao sehingga di sekitar negara tropika. Adalah juga dipercaya 150 tahun dahulu ianya telah dieksport ke kepulauan Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk tujuan yang sama, iaitu digunakan untuk kajian dan pengamal perubatan. Kesimpulannya, nilai perubatannya yang telah diketahui ‘menakjubkan’ serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Tuhan ini sangat memberi manafaat untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia.

JUS KULIT MANGGIS
ini mempunyai khasiat yang yang pelbagai. Amalkan minum 1 kali sehari sehingga anda berasa selesa. Kemudian teruskan mengamalnya dengan 2 kali atau sekali sehari sahaja.
  1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
  2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
  3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
  4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
  5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
  6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
  7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
  8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)… shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
  9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
  10. Anti-aging(Anti penuaan)
  11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan
  12. Anti-viral (membunuh kuman)
  13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
  14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
  15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
  16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
  17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
  18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
  19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
  20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower bloodsugar/kurangka n gula dalam darah) 21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
  21. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
  22. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
  23. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
  24. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
  25. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
  26. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
  27. Anti-Parkinson
  28. Anti-diarrheal
  29. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
  30. Anti-vertigo (prevents dizziness)
  31. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
  32. Anti-cataract (prevents cataracts)
  33. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...