Wednesday, July 15, 2009

Lipas

Lipas adalah sejenis serangga yang menjengkelkan banyak pihak. Mitos bahawa lipas mempunyai kekebalan terhadap keradioaktifan bahan radioaktif telah dibuktikan tidak benar (nama pon mitos) dalam TV. Tapi oleh kerana saiznya yang kecil, maka kesan radioaktif tidak seteruk yang menimpa manusia.

Ok, petua untuk mengawal populasi lipas. Anda boleh gunakan air sabun yg harganya, secara relatif tersangat-sangat murah giloss berbanding dengan racun. Tambahan lagi, air sabun jauh lebih selamat dari kimia beracun.

Anda bancuh air sabun dan letakkan dalam bekas penyembur air. Bekas penyembur untuk sembur air masa nak menseterika baju pun boleh dipakai.

Semburkan pada lipas. Lipas bernafas dengan kulit. Air sabun akan menghalang lipas dari bernafas lalu mati lah dia.

Satu lagi, jenis racun yang elok adalah dari jenis yang tidak membunuhnya serta merta. Saya pernah menggunakan racun yang mana dia cuma akan mati selepas beberapa ketika di sarang atau 'markas' atau 'kampung' beliau. Bila lipas tu mati, dia akan dimakan oleh anak beranak cucu cicit rakan taulan serta komuniti beliau. Jadi koloni lipas tu pulak yang akan mati disebabkan oleh kandungan racun dalam bangkai lipas tu. Rumah saya tak ada lipas bertahun-tahun selepas saya pakai racun tu.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...