Showing posts with label cuka. Show all posts
Showing posts with label cuka. Show all posts

Friday, July 17, 2009


Peti Ais Berbau

Peti anda berbau? Jika makanan busuk dan rosak memuntahkan bau kurang senang di dalam peti ais anda, jus tomato boleh digunakan bagi menghilangkan bau-bauan tersebut.

Tentunya anda perlu membuang dahulu barang-barang yang berbau dan kemudian sapu bahagian dalaman peti dengan span atau kain buruk yang disapu terlebih dulu dengan jus tomato. Jangan cairkan jus tomato. Gunakan jus yang pekat. Kemudian, bilas dengan air sabun suam dan lapkan hingga kering. Jika masih terdapat kesan bau, ulang langkah tadi atau gunakan cuka makan pula. Jangan gunakan cuka apple cider kerana baunya tengik.

Satu cara yang lebih popular adalah dengan meletakkan arang didalam peti ais anda. Dapatkan beberapa tongkol kecil dari peniaga sate setempat dan letakkan didalam mangkuk atau bekas plastik dan tinggalkan didalam peti sejuk sehingga bau-bauan kurang harum hilang.



Wednesday, July 15, 2009

Duit Syiling

Untuk mengilatkan duit syiling dan membuang kotoran.

  1. Ibu saya pernah memberi petua untuk meletakkan duit syiling yang kotor atas tanah dan gosok-gosokkan dan tenyeh-tenyehkan dengan tumit kaki. Memang duit akan jadi lebih berkilat selepas itu
  2. Tanpa perlu guna bahan pengkakis yang berbahaya, guna cuka makan dan campurkan sedikit garam. Rendamkan duit syiling selama beberapa minit. Inya Allah duit akan berkilat, terutamanya duit dari tembaga.
Walaubagaimanapun mengilat duit syiling ini cuma disyorkan untuk duit yang kurang berharga. Ini kerana syiling yang cukup lama dan cukup mahal serta cukup berharga akan kurang nilainya jika kita mengilatkannya. Antara lain, ada kesan-kesan unik yang terdapat pada permukaan duit syiling itu yang akan hilang. Kesan-kesan tersebut terjadi dari proses membuat syiling tersebut. Saya bukan pakar bidang ini dan anda boleh mendapat maklumat lanjut dari pelbagai laman tentang syiling berharga. Saya lupa pautan-pautannya nanti saya akan kemaskini rencana ini bila masa mengizinkan.

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...