Showing posts with label garam. Show all posts
Showing posts with label garam. Show all posts

Friday, July 17, 2009

Air Minuman

Air Jus, Air Buah, Air Berlemak/Bersantan/Bersusu/Berkrim

Untuk menyedapkan lagi air minuman dan memberi rasa kepuasan pada peminum, saya sediakan petua yang sangat mudah serta berguna terutama bagi peniaga minuman.

Tambahkan sedikit garam secukup rasa! Ya untuk beberapa jenis minuman, itulah cara yang amat mudah dan berkesan. Jenis air yang sesuai antara lain:
  1. Sirap limau
  2. Teh 'O' Limau (panas atau ais)
  3. Air jagung
  4. Air Soya
Anda boleh mencuba dengan pelbagai jenis minuman dan rasailah perbezaannya.

Dulu saya selalu memasak bubur kacang hijau serta membuat sambal belacan secara tradisional (menggunakan lesung batu atau mortar). Terutama ketika saya menetap di Amerika Syarikat. Garam juga penting untuk menyedapkan bubur berpengat serta sambal belacan.

Kadang-kadang bila saya mencuba pengat atau bubur kacang rasanya manis semacam dan jelasnya tukang masak tidak mencampurkan garam didalam pengat tersebut menyebabkan rasanya kurang sedap. Tapi mungkin juga cita rasa berbeza tapi saya anjurkan juga petua saya ini dan cuba bandingkan.

Bagi sambal belacan pula saya pernah mencuba sambal yang disediakan pembantu rumah sepupu saya. Pembantu rumah tersebut berasal dari tanah jawa. Walaupun belacan rasanya sudah masin tetapi kita perlu mencampurkan asam limau atau bahan alternatif yang rasanya masam seperti asam jawa atau cuka malah mangga masam untuk membuat sambal belacan. Rasa masam ini akan menghilangkan rasa masin belacan. Untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap, tambahkan sedikit garam dan sambal belacan anda akan mempunyai jenis-jenis rasa yang lengkap dan lazat.

Wednesday, July 15, 2009

Duit Syiling

Untuk mengilatkan duit syiling dan membuang kotoran.

  1. Ibu saya pernah memberi petua untuk meletakkan duit syiling yang kotor atas tanah dan gosok-gosokkan dan tenyeh-tenyehkan dengan tumit kaki. Memang duit akan jadi lebih berkilat selepas itu
  2. Tanpa perlu guna bahan pengkakis yang berbahaya, guna cuka makan dan campurkan sedikit garam. Rendamkan duit syiling selama beberapa minit. Inya Allah duit akan berkilat, terutamanya duit dari tembaga.
Walaubagaimanapun mengilat duit syiling ini cuma disyorkan untuk duit yang kurang berharga. Ini kerana syiling yang cukup lama dan cukup mahal serta cukup berharga akan kurang nilainya jika kita mengilatkannya. Antara lain, ada kesan-kesan unik yang terdapat pada permukaan duit syiling itu yang akan hilang. Kesan-kesan tersebut terjadi dari proses membuat syiling tersebut. Saya bukan pakar bidang ini dan anda boleh mendapat maklumat lanjut dari pelbagai laman tentang syiling berharga. Saya lupa pautan-pautannya nanti saya akan kemaskini rencana ini bila masa mengizinkan.

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...