Showing posts with label baju. Show all posts
Showing posts with label baju. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Petua-petua Pakaian

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
Pakaian Terkena Dakwat
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

  • Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
  • Campurkan dengan air.
  • Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
  • Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.
Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.
Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
  • Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
  • Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
  • Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

Wednesday, July 15, 2009

Kanji Baju

Saya biasa membeli kanji yang disembur dari tin aerosol. Alah, macam sembur ridsect tapi ni dekat baju. Ada juga dari jenis silikon. Tapi harganya agak boleh tahan jadi ada rumusan yang jauh lebih murah. Anda beli tepung kanji. Sebarang kanji boleh digunakan. Biasanya kanji dari ubi kayu atau jagung.

Bancuh dengan air dan masukkan dalam botol penyembur dan seterika baju anda. Tapi jangan bancuh terlampau pekat nanti kanji tu jadi berkeping-keping (flaky) pulak kat atas baju anda. Semburan juga tidak perlu terlalu banyak.

Saya terfikir kaedah ini secara tiba-tiba beberapa tahun nan lalu. Memang menjimatkan kalau anda suka kanji baju.

*Hendaklah diingat, air kanji yang telah dibancuh tidak tahan lama. Ianya akan basi dan berbau busuk setelah 1 atau 2 hari. Pada pengalaman saya, jika anda menyimpannya didalam peti ais, ia akan tahan lebih lama.

Saya pernah menggunakan bekas botol Febreeze dan saya dapati air kanji tersebut tahan berhari-hari. Baunya juga harum kerana bercampur dengan sisa saki baki Febreeze.

febreeze.jpg


Mungkin anda boleh cuba campurkan dengan sesudu teh Febreeze. Secara teorinya saya kira mungkin kerana Febreeze bertindak membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk maka itulah sebabnya bancuhan tersebut tahan lebih lama tanpa mengeluarkan bau kurang enak.


Hmmm, mungkin kalau anda terlupa untuk mengambil inisiatif seperti di atas dan ia mula berbau busuk, mingkin elok saja anda membuat bedak sejuk kerana baunya seakan beras busuk yang dibuat bedak sejuk tradisional melayu (^_^)


Akhir sekali, mungkin anda boleh cuba mencampurkan bahan anti-bakteria lain seperti dettol atau mungkin juga bahan pengawet makanan seperti Potassium sorbate dalam kuantiti yang sedikit dan jika berjaya bolehlah mengongsi pengalaman anda bersama saya.

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...