Showing posts with label roti kering. Show all posts
Showing posts with label roti kering. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Roti Keping nak Expired

Senang aje. Saya ada satu teori. Biasanya saya perhatikan, bile roti keping luput tarikh, dia akan berkulat. Salah satu faktor utama adalah kerana ia masih ada kandungan air. Saya juga selalu juga terbaca bahawa roti bakar adalah lebih baik/sihat.

Saya sangat jarang makan dan beli roti sebab bukan minat sangat. Tapi kadang-kadang terpaksa. Baru-baru ni, saya tak sempat nak habiskan. Satu hari je lagi sedangkan tak sampai separuh yang luak. Dengan menggunakan oven Butterfly Stove Oven saya (lihat gambar), saya bakar roti2 tu dgn api paling kecik.
Oven

Iye, oven ni masih dibuat dan masih boleh dibeli. Saya beli brand new kira-kira lima atau enam tahu dulu. Bukan yg second hand tapi mmg masih baru.

Ye la, kita nak berjimat cermat, kalau guna oven elektrik, termasuk microwave, memang makan banyak tenaga jadi bil letrik mesti naik banyak.


Oyeee... saya  berjaya buat roti kering yg macam biskut tu. Sedap dimakan dgn dicecah atau dicicah air kopi susu panas. Makan macam tu je pun ok. Dan ianya tahan jawuhhh lebih lama...

Boleh juga tabur gula baru letak dalam oven. Memang sama macam yg dibeli kat kedai.

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...