Peti Ais Berbau
Peti anda berbau? Jika makanan busuk dan rosak memuntahkan bau kurang senang di dalam peti ais anda, jus tomato boleh digunakan bagi menghilangkan bau-bauan tersebut.
Tentunya anda perlu membuang dahulu barang-barang yang berbau dan kemudian sapu bahagian dalaman peti dengan span atau kain buruk yang disapu terlebih dulu dengan jus tomato. Jangan cairkan jus tomato. Gunakan jus yang pekat. Kemudian, bilas dengan air sabun suam dan lapkan hingga kering. Jika masih terdapat kesan bau, ulang langkah tadi atau gunakan cuka makan pula. Jangan gunakan cuka apple cider kerana baunya tengik.
Satu cara yang lebih popular adalah dengan meletakkan arang didalam peti ais anda. Dapatkan beberapa tongkol kecil dari peniaga sate setempat dan letakkan didalam mangkuk atau bekas plastik dan tinggalkan didalam peti sejuk sehingga bau-bauan kurang harum hilang.
0 comments:
Post a Comment