Friday, August 14, 2009
Bau Petai
Rendamkan petai dalam air basuhan beras dan biarkan ia selama kira-kira setengah jam sebelum dimakan atau dimasak.
_________________________________________________________
Parkia speciosa is the scientific name of a plant used as a culinary item. More common names would be petai, satow/sator, bitter bean and so forth. Quite popular in southeast Asia, some say it is an acquired taste. It has a mild bitter taste, like, well, cocoa, and the bitterness is definitely not a hindrance for most people. Rather it's kind of like a pleasant kind of bitterness.
What repel some people from it is the smell. Even your urine would reek of petai for probably a full day to wreak (get it? reek & wreak) havoc in your office's toilet.
Some say, to get rid or reduce its smell, immerse the beans in the water that you use to wash your rice before you boil it. It has to be submerged in water for about half an hour before being cooked or eaten.
Tuesday, August 11, 2009
Rindunyeeeeeeee
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu
Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keridhoan Allah
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You
Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love
Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu
Tuesday, August 4, 2009
Petua Menghilangkan Kesedihan
Stacy anak kucing kesayangan ramai telah kembali menemui Allah yang maha mengasihani. Sesugguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Kematian Stacy tentunya ada hikmah yang tersendiri. Hanya Allah Maha mengetahui.
Masih kuingat dengkuran Stacy di dalam dangkapan...
Sedih tanpa sebab
Semasa saya masih anak-anak terkadang terasa sedih tanpa sebab dalam hati. Suatu hari, ketika hal ini berlaku, ibu saya memberi petua supaya membaca Alam Nasyrah. إن شاء الله kesedihan itu akan berkurang.
Salah satu penyebab sedih dan dukacita atau terasa kekosongan jiwa adalah ketika Allah SWT ingin mengampunkan dosa-dosa kita. Maka diberinya kita rasa tidak selesa. Maka hendaklah kita segera mengingati Allah yang Maha Pengasih.
Satu do'a yang ma'thur (do'a yang diajarkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith yang sahih) khusus untuk kesedihan dan sebagai pelindung dari dengki khianat manusia serta memperbaiki keadaan ekonomi juga mujarab. Bukan do'a yang berkuasa tapi berkat do'a itu maka إن شاء الله akan diangkat Allah akan kesedihan kita.
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”
Dapatkan satu naskhah al ma'thurat susunan Imam Hassan Al Banna bagi do'a ini dan amalkan setiap hari. 3x pagi dan 3x dikala petang.
La Tahzan
Hazan ialah perkataan 'arab yang diterjemahkan sebagai sedih atau kesedihan. Buku La Tahzan yang dinukilkan oleh alim Saudi tersohor, Dr. Aidh Abdullah Al Qarni boleh dimanfaatkan oleh muslim juga non-muslim. Kadang-kadang ketika saya membaca buku beliau, saya merasakan seolah-olah beliau sedang duduk di hadapan saya memberi nasihat. Mungkin hasil tulisan beliau ditulis dari qalb (jantung hati) lantas terus masuk ke hati saya. Saya terfikir, adakah beliau keturunan Uwais Al Qarni, yang hidup di zaman Rasulullah tercinta tapi tidak pernah sekalipun pernah bertemu mata. Diatur oleh Allah untuk panduan kita. Bahawa orang yg tidak pernah sekalipun bertemu nabi saw, masih mampu mencintai baginda.
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara
Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah
Thursday, July 23, 2009
Stroke (Angin Ahmar)
Ada doa-doa yang boleh diamalkan kaum muslimin untuk mengelakkan stroke. Disamping itu, beberapa petua juga ada diturunkan untuk manfaat kita dari generasi-generasi sebelumnya.
Wednesday, July 22, 2009
Emak dan Ummi
Kita sidetrack sikit kali ini. ALhamdulillah, emakku semakin baik keadaan kesitahan beliau akibat dari satu ma'ajun yang di supply oleh abang iparku.
Walaubagaimanapun aku sedih atas kesakitan yang menimpa Ummi angkatku Ummi Puan Rusnah Abu Samah. Ummi adalah seorang yang sangat aktif berjihad memperjuangkan syi'ar Islam bukan sahaja di Malaysia malah di teater antarabangsa. Aku berdo'a agar Ummi angkatku segera sembuh dan segera dapat kembali aktif. Dunia memerlukan Ummi dan tenaganya. Dunia juga memerlukan tenaga-tenaga dan masa kita untuk Islam kembali menjadi satu Deenul Hayah yang dikagumi.
Aku pun tak pasti apakah suplemen/makanan tambahan emak sesuai untuk Ummi. Anyways, blog Ummi mula sudah dikemaskini justru aku harapkan ianya menjadi indikator tentang keadaan kesihatan yang semakin baik.
Monday, July 20, 2009
Nasi Hangit
- Letakkan sehelai daun sirih di atas nasi anda dan lakukannya sebaik sahaja nasi yang ditanak sedang kering
- Jika tiada daun sirih, anda boleh menggunakan/meletakkan sekeping roti di dalam periuk nasi. Bubuhkannya sebaik saja nasi hampir kering dan angkat sebaik saja baunya hilang
- Letakkan semangkuk air ditengah-tengah periuk dan tutupkannya. Sebaik saja nasi benar-benar masak, angkat mangkuk tersebut. Insya ALlah, nasi akan hilang hangitnya
Sunday, July 19, 2009
Panau
Petua Menghilangkan Panau (White Spots)...
Ada di antara kita yang menghadapi masalah panau di badan. Jika panau tersebut berada di bahagian yang tertutup mungkin kurang merunsing tetapi jika di kawasan pandangan orang mungkin akan menjejaskan keyakinan diri.
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genusMalassezia.
sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau antaranya ialah;
- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.
- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.
- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.
- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.
- Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
- Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.
- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.
- Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
- Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.
- Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu.
- Lumurkan bawang putih mentah pada panau setiap hari dan biarkan kering. Amalkan sehingga panau benar-benar hilang.
Friday, July 17, 2009
Air Minuman
- Sirap limau
- Teh 'O' Limau (panas atau ais)
- Air jagung
- Air Soya
Wednesday, July 15, 2009
Duit Syiling
- Ibu saya pernah memberi petua untuk meletakkan duit syiling yang kotor atas tanah dan gosok-gosokkan dan tenyeh-tenyehkan dengan tumit kaki. Memang duit akan jadi lebih berkilat selepas itu
- Tanpa perlu guna bahan pengkakis yang berbahaya, guna cuka makan dan campurkan sedikit garam. Rendamkan duit syiling selama beberapa minit. Inya Allah duit akan berkilat, terutamanya duit dari tembaga.
Kanji Baju
Bancuh dengan air dan masukkan dalam botol penyembur dan seterika baju anda. Tapi jangan bancuh terlampau pekat nanti kanji tu jadi berkeping-keping (flaky) pulak kat atas baju anda. Semburan juga tidak perlu terlalu banyak.
Saya terfikir kaedah ini secara tiba-tiba beberapa tahun nan lalu. Memang menjimatkan kalau anda suka kanji baju.
Mungkin anda boleh cuba campurkan dengan sesudu teh Febreeze. Secara teorinya saya kira mungkin kerana Febreeze bertindak membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk maka itulah sebabnya bancuhan tersebut tahan lebih lama tanpa mengeluarkan bau kurang enak.
Hmmm, mungkin kalau anda terlupa untuk mengambil inisiatif seperti di atas dan ia mula berbau busuk, mingkin elok saja anda membuat bedak sejuk kerana baunya seakan beras busuk yang dibuat bedak sejuk tradisional melayu (^_^)
Akhir sekali, mungkin anda boleh cuba mencampurkan bahan anti-bakteria lain seperti dettol atau mungkin juga bahan pengawet makanan seperti Potassium sorbate dalam kuantiti yang sedikit dan jika berjaya bolehlah mengongsi pengalaman anda bersama saya.
Semut
- Double-sided tape. Letakkan di sekeliling bekas. Semut akan terlekat di pelekat sebelum sempat menge'pau' makanan anda
- Bakar kulit telur sehingga menjadi abu dan taburkan abu tersebut ditempat dimana semut sering berkumpul atau lebih baik lagi di sarangnya
- Letakkan beberapa tangkai cili kering didalam balang atau timbunan gula insya Allah semut tidak akan mendekati simpanan gula tersebut
- Lilitkan kain atau tali guni sekeliling balang gula dan lumurkan dengan minyak kelapa.
Lipas
Ok, petua untuk mengawal populasi lipas. Anda boleh gunakan air sabun yg harganya, secara relatif tersangat-sangat murah giloss berbanding dengan racun. Tambahan lagi, air sabun jauh lebih selamat dari kimia beracun.
Anda bancuh air sabun dan letakkan dalam bekas penyembur air. Bekas penyembur untuk sembur air masa nak menseterika baju pun boleh dipakai.
Semburkan pada lipas. Lipas bernafas dengan kulit. Air sabun akan menghalang lipas dari bernafas lalu mati lah dia.
Satu lagi, jenis racun yang elok adalah dari jenis yang tidak membunuhnya serta merta. Saya pernah menggunakan racun yang mana dia cuma akan mati selepas beberapa ketika di sarang atau 'markas' atau 'kampung' beliau. Bila lipas tu mati, dia akan dimakan oleh anak beranak cucu cicit rakan taulan serta komuniti beliau. Jadi koloni lipas tu pulak yang akan mati disebabkan oleh kandungan racun dalam bangkai lipas tu. Rumah saya tak ada lipas bertahun-tahun selepas saya pakai racun tu.
Monday, July 13, 2009
Durian....
- Kaedah yang terbaik ialah menggoncangkan buah tersebut, durian yang mengkal padat manakala durian yang benar- benar masak kita akan dapat merasakan gegaran isi dalamnya dan kadang- kadang se olah- olah kedengaran bunyi hentam isi pada pangsa.
- Kaedah kedua dengan mencium kulit durian. Durian yang sudah masak akan mengeluarkan baunya tetapi ada sebahagian durian terutama yang berisi putih hampir tiada berbau, untuk ini kaedah pertama atau kaedah berikutnya lebih sesuai.
- Letak jari tunjuk pada satu duri dan lagi satu duri kulitnya dengan ibu jari dan cuba rapatkan kedua- dua duri tersebut secara berulang-ulang , sekiranya anda rasa ia bergerak meskipun tidak rapat sepenuhnya bererti ia sudah masak.
Durian sudah lama atau baru?
- Tangkai. Lihat tangkai buahnya. Tangkai yang sudah kelihatan kering ataupun sudah tercabut daripada buahnya bererti durian tersebut sudah lama dan dalamnya sudah mengandungi banyak air. Biasanya pada bahagian bawahnya sudah merekah dan penjual akan ikat dengan getah.
- Jika bahagian tangkai tersebut di tempat ia tertanggal daripada dahan masih bergetah (lekit- lekit) bermaksud buah tersebut benar- benar baru jatuh. Kebiasannya buahnya masih belum sesuai untuk dimakan kerana di dalam pangsanya, pada bahagian atas atau pangkal ia sudah lembut untuk di makan manakala pada bahagian bawah (hampir dengan tempat kita mengopek buahnya) masih keras atau mengkal. (kerana itulah penjual durian biasanya mengetuk dan membuat lubang untuk kita lihat isinya pada bahagian pangkal) Tetapi jika anda berhasrat untuk menyimpan untuk di makan pada keesokan harinya ia amat sesuai.
- Kalau nak beli durian dalam kuantiti yang banyak, jangan benarkan penjual memotong tangkainya. Dengan ini ia lebih tahan lama.
Ulat dan juga lain- lain kerosakan
- Kalau ada lubang kecil menunjukkan ia telah berulat
- Ada terdapat lebam berwarna coklat tua, susah nak dikopek, lebih parah lagi jika ia berada pada bahagian bawah tampuk tempat kita membukanya Rasanya sudah masam, tidak sedap di makan.
Warna Isinya
- Bagi menentukan warna isinya adalah sukar. Durian yang berwarna hijau tidak bererti ia berwarna putih dan sebaliknya kerana pada masa ini pelbagai jenis baka durian tetapi bagi yang pro dalam aspek ini ia dapat mengetahui warna isi kandungannya berdasarkan mengopek sikit dengan kuku pada tangkai durian. Kat Sabah kawan saya cakap ada durian merah. Tapi menurutnya lagi durian merah rasanya masam dan orang Sabah buat tempoyak.
Kegunaan durian mengkal
- Jika anda terbeli juga durian mengkal, ambil Isinya pisahkan isi dengan biji menggunakan pisau lebih mudah dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan hanya sedikit air masak memadainya menenggelamkan mata pisau pengisar sahaja. Tekan suis pengisar 3 hingga 5 saat sahaja, angkat dan hentakkan sedikit bagi memadatkannya membuang rongga pada bahagian bawah, ulang semula proses pengisaran seperti sebelumnya. Jika isi durian tersebut sudah ternaik ke atas dan mata pisau tersebut tidak dapat mencincangkannya, angkat dan hentak semula. Ulang proses ini sehingga semua isi durian ini hancur.
- Campurkan garam secukup rasa, toskan dalam kain putih sehingga tiada lagi air menitik, masukkan ke dalam balang, jadikan tempoyak. Pada saya ia lebih sedap berbanding tempoyak dari durian yang hampir expired.
Petua-Meyimpan durian supaya tahan lama.
Kopek/kupas durian dan letakkan di dalam bekas yang mempunyai tutup(bekas aiskrim pun boleh). Ambi durian yang baik-baik sahaja. Yang sedikit masam atau dah nak jadi tempoyak tu, jangalah di masukkan sekali. Tutup dengan kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian atas(bahagian sejuk beku). Jika anda nak makan, ambillah beberapa ulas dan simpan selebihnya. Ia akan tahan lama.- Berak berdarah Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
- Ulser mulut dan bengkak usus Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
- Luka dan gigitan serangga Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
- Buasir Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
- Memutihkan Gigi Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
- Cirit-birit Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
- Lancar Haid Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
- Sembelit Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!
- GOUT ? Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya * Ambil buah manggis * Kupas * Isi dia enak di makan * Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering * Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam. * Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. * Selamat Mencuba. Insyaallah!…
- Penyakit kencing manis : Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis.
* Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
* Basuh bersih2 daun manggis
* Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh) * Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
* Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Diatas merupakan serba sedikit kegunaan manggis samaada buah, daun dan kulit ;bahkan akarnya dalam perubatan tradisional. Perlu dinyatakan bahawa perubatan tradisional ini bukan sahaja mengcakupi alam perubatan nusantara Melayu sahaja, bahkan di negara Gajah Putih, Kepulauan Mindanao sehingga di sekitar negara tropika. Adalah juga dipercaya 150 tahun dahulu ianya telah dieksport ke kepulauan Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk tujuan yang sama, iaitu digunakan untuk kajian dan pengamal perubatan. Kesimpulannya, nilai perubatannya yang telah diketahui ‘menakjubkan’ serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Tuhan ini sangat memberi manafaat untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia.
JUS KULIT MANGGIS
ini mempunyai khasiat yang yang pelbagai. Amalkan minum 1 kali sehari sehingga anda berasa selesa. Kemudian teruskan mengamalnya dengan 2 kali atau sekali sehari sahaja.
- Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
- Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
- Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf)
- Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
- Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
- Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)
- Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
- Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)… shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
- Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
- Anti-aging(Anti penuaan)
- Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan
- Anti-viral (membunuh kuman)
- Anti-biotic (modulates bacterial infections)
- Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
- Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)
- Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)
- Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)
- Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
- Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
- Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower bloodsugar/kurangka n gula dalam darah) 21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
- Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
- Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
- Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
- Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
- Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
- Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
- Anti-Parkinson
- Anti-diarrheal
- Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
- Anti-vertigo (prevents dizziness)
- Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
- Anti-cataract (prevents cataracts)
- Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi seluruh badan.
Monday, July 6, 2009
Selamat Datang ke Blog Aper Tue...
السلام عليكم ورحمة الله وبركات Dan Salam Sejahtera
Selamat Datang ke blog yang memuatkan pelbagai petua serta panduan kehidupan seharian. Silalah menyumbang serta memberi komen anda...
Kalau anda perasan, apetu yang merupakan bahasa slanga membawa makna "apa itu" tapi jika anda alihkan a ke belakang, perkataan itu akan menjadi "petua".
Apa signifikannya? Heheheh, ia membawa makna:
- Apetu - lebih kurang macam howto la walaupun howto lebih sesuai kalau kita pakai "camne" tapi apetu lebih meng-'entice' orang agaknya
- Dengan membawa huruf a ke depan memberi bayangan (imply) bahawa harapan saya agar blog ni bersifat dinamik dan berterusan dan bersifat "kebulatan"
About This Blog
Lorem Ipsum
Lorem Ipsum
Lorem
Link Count Widget
tracker
enough nang
Followers
Web Design
Cari sampai dapat...
Archive
Labels
- Air (1)
- air beras (1)
- Al Banna (1)
- angin ahmar (1)
- arang (1)
- baju (2)
- balang (1)
- basuh (1)
- Bau (2)
- bawang putih (1)
- belasungkawa (1)
- belimbing (1)
- benzene (1)
- cat (1)
- Cicak (1)
- cili kering (2)
- cuci (1)
- cuka (2)
- dapur (5)
- daun (1)
- do'a (1)
- duit (1)
- durian (1)
- garam (2)
- gatal (1)
- gelenggang (1)
- getah (1)
- gula (1)
- halia (1)
- Hassan (1)
- Jimat (1)
- Jus Tomato (1)
- kain (1)
- kanji (1)
- keropok (1)
- kotor (1)
- kulit telur (2)
- lada kering (1)
- lemau (1)
- lengkuas (1)
- lipas (1)
- ma'ajun (1)
- ma'thur (1)
- maajun (1)
- makanan tambahan (1)
- makjun (1)
- manggis (1)
- mangkuk (1)
- masuk angin (1)
- minyak kelapa (1)
- minyak tanah (1)
- nasi hangit (1)
- pakain (1)
- panau (1)
- pengat (1)
- penyakit (1)
- petai (1)
- Peti Ais (1)
- Peti Sejuk (1)
- petua (1)
- reja (1)
- roti (1)
- roti kering (1)
- sambal belacan (1)
- santan (1)
- sedih (1)
- semut (1)
- seterika (1)
- sirih (1)
- stroke (1)
- suplemen (1)
- susah (1)
- syiling (1)
- tali guni (1)
- telur (1)
- Yasmin Ahmad (1)
- إن شاء الله (Insya Allah) (1)