Tuesday, December 14, 2010

Masak Nasi Tak Cukup atau Terlebih Air

Saya lupa pulak apa istilah melayunya. Jertah? Jertih? Bertah? Hape tah...Kalau ada yang ingat sila bagitau ye.

Kalau nasi tu kurang masak atau kurang air, selalunya terjadi kalau pakai dapur gas atau dapur kayu atau dapur yg tak automatik la, kalau pakai rice cooker risikonya kurang sikit...kot...

Kalau kurang air, kita boleh agak2 sebenarnya masa air dia dah kering. Cara paling mudah, tambah sedikit aje air... sikitttt aje, supaya boleh keluar wap, dan bukak api gas yang paling kecik. Kalau pakai dapur kayu susah sikit la. Kena cuba-cuba agak berapa banyak air dengan berapa lama nak biarkan. Dengan pengalaman, insya Allah akan lebih baik.

Tapi kalau tak pasti dan tak reti nak agak dan congak, cara paling selamat yang saya pernah ujikaji adalah dengan menyetimkan nasi tu. Letak je dalam bekas kukus dan kukuskan beberapa minit, voila! Nasi akan jd perfect insya Allah... الحمد لله

Nasi Lembik

Kalau terlebih air pulak, bukak api selow selow.. dan bagi dia kering... dan PASTIKAN BUKA PENUTUP ya... (bukan marah tapi emphasis... beri penekanan).. Sebab air akan lebih mudah tersejat. Kalau tutup periuk, dia akan terpelowap dan jatuh atas nasi... nanti jadi nasi impit/himpit/kapit tak cukup keras pulak. Orang puteyh panggil... err.. rice cake. Sedap jugak buat soto...

Satu cara lagi, masukkan dalam ketuhar dan panaskan dengan api paling seloww..

Sebab nak kontrol haba kalau pakai dapur gas ni tidak semudah kalau pakai stove atau dapur2 yang lebih pintar dalam rupa eletrical appliance (alat elektrik lah), boleh juga diangkat2 kadang2 periuk tu jauh sikit dari api. Bukan ssh sgt.. bebrp minit je akan siapla ia....

1 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...