Monday, April 23, 2012

Zahida Rafik

Dalam The Sun m/s 10 hari ni heboh pasal penafian Datuk Seri Shafie Apdal tentang skandal beliau dengan artis Zahida Rafik (tak kenal pun). Rasanya sebelum ni dah beberapa kali terserempak dengan headline yang hot pasal skandal ni.

Saya tak rasa Zahida Rafik ni terkenal sangat, dan saya buat carian internet pun saya rasa sebagai orang Islam, dia harus perbaiki wardrobe dia agar pemilihan pakaian dia lebih tepat lah sebagai seorang muslimah.

Bagi saya, lebih elok kita berdiam diri kalau kita tak ada bukti kukuh dan cuma menjadikan ini sebagai satu political mileage untuk menghentam peribadi beliau. Boleh jadi fitnah pulak. Kalau betul pulak jadi mengumpat. Tapi kalau memang ada bukti-bukti yang kukuh serta saksi-saksi dan footage CCTV, tak pastilah apakah boleh menjadi ghibah yang harus. Yelah, dia tu salah seorang pemimpin utama kita. Kalau MCA mungkin mayoritasnya tidak kisah sebab bagi kebanyakkan mereka, itu hal peribadi, tapi kalau UMNO, harapnya perkara ni dapat lah disiasat. Kalau betul, maka carilah calon yang lebih berakhlak.

Secara peribadi, ada perkara yang saya respect tentand Datuk Seri Shafie Apdal dan ada beberapa perkara yang saya tidak berpuas hati.

Pada persepsi saya, dia seorang yang mungkin agak Islamik, pernah terdengar desas desus yang beliau ini pernah (atau mungkin masih) dari ABIM. Isteri beliau bertudung (satu lagi plus point).

Tapi dari segi mutu kerja, marratan ukhra, dari persepsi peribadi saya, jika dibandingkan dengan Datuk Seri Muhyiddin Yassin semasa memegang portfolio kepenggunaan dulu, jauuuhhh lah kurang bermutunya hasil kerja beliau. Saya merasakan beliau mendapat kritikan pedas hangat dan hebat dan sampai keluar tv lah meng-defend-kan diri beliau. Tapi nampak macam err kurang sesuai lah untuk diambil bekerja untuk tugas-tugas penimbal dasar atau sebagai pengurus.

Zahida Rafik juga bukan lah carian popular di google search tahun 2011. Jadi orang mungkin tak berapa nak ambil kisah skandal ni.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

Lorem Ipsum

Lorem Ipsum

Lorem

Link Count Widget

Kelaster Pete

tracker

enough nang

Followers

Web Design

My Photo
Helmi
About...
View my complete profile

Cari sampai dapat...